::Malay College Class of 2002::

Sunday, December 03, 2006

RUNTUHANYA SURAU KAMPUNG BEREMBANG............

INI BUKAN SEMENANJUNG GAZA..TAPI SEMENANJUNG MALAYSIA...
PDF Cetak E-mail

Berikut adalah catatan kasar beliau mengenai kronologi kejadian itu.

ImageLokasi Surau Ar-Rahimah Kampung Berembang, jam 9.00 pagi...hujan gerimis

  • Renyai hujan pagi itu, menandakan kesuraman di suasana Kawasan Kampung Berembang sedang bersedia 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya bakal tumbang walaupun dihalang dengan kudart, darah dan air mata hamba-Nya.
  • Penduduk kira-kira 30 orang sudah mula berkumpul dan mundar-mandir sekitar surau dua tingkat yang tersergam gagah.

10.00 pagi

  • - Secara perlahan-lahan empat buah jentolak mula memasuki kawasan berhampiran surau.
  • Tidak terkecuali, dua buah trak tunda untuk 'menarik' kenderaan penduduk yang menghalang jalan.

10.15 pagi

  • - Ketumbukan pasukan 'angkatan pemusnah' yang terdiri daripada pasukan Majlis Ampang Jaya (MPAJ) lebih 100 orang, anggota polis berpakaian preman dan seragam termasuk FRU dan dua pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghampiri penduduk dan orang awam yang mula membenteng surau tersebut.
  • Dari jauh, kelibat beberapa orang daripada pihak pemaju sedang memerhatikan kerja-kerja yang bakal di lakukan oleh 'angkatan pemusnah'
  • Pegawai Jais cuba memujuk penduduk dan meminta penduduk mengosongkan kawasan surau tersebut
  • Penduduk dengan air mata merintih supaya pihak Jais berunding dengan pihak MPAJ akan menangguhkan perobohan surau tersebut.
  • Kata penduduk, jika keputusan tidak menyebelahi, mereka reda dan mereka masih mempertahankan surau tersebut kerana selain tempat solat dan beribadat, ia menjadi 'pusat perlindungan' sementara bagi penduduk kerana beberapa hari lalu MPAJ telah bertindak merobohkan lebih 50 kediaman dan penempatan mereka. Di sekeling surau, kelihatan khemah-khemah didirikan oleh penduduk kerana mereka tiada tempat berlindung.
  • Surau tersebut juga adalah tempat tidur bagi sesetengah kanak-kanak malang yang rumah mereka telah dirobohkan.

Image10.45 pagi

  • Rundingan gagal malah pegawai Jais tidak langsung berusaha untuk memujuk MPAJ dan tanpa hati kemanusiaan, MPAJ dengn keras hati memulakan kerja-kerja dengan mengarahkan supaya memasuki surau tersebut, namun pintu pagar hadapan dikunci oleh penduduk.
  • Sementara MPAJ mencari jalan, kira-kira 20 orang menunaikan solat hajat di hadapan pintu pagar tersebut. Selesai sahaja mereka kemudian berzikir dan berselawat secara beramai-ramai bersama penduduk kampung yang berada di situ kerana mahu mempertahankannya.
  • Seorang anggota MPAJ menghidupkan enjin gergaji besi untuk memotong pagar tepi surau tersebut dan melihat sahaja keadaan itu penduduk dan orang awam mula membina benteng - tangan bersilang tangan bagi menghalang daripada MPAJ merempuh masuk ke dalam surau.

11.00 pagi

  • 'Perang bermula' Tanpa sekelumit rasa simpati dan perikemanusiaan MPAJ dengan kasar merempuh benteng manusia dengan mengasari mereka, memukul, menyiku, mencekak dan menumbuk beberapa orang penduduk.
  • Asak-mengasak berlaku, dan dua daripadanya telah diheret daripada kumpulan benteng manusia itu ke satu sudut oleh enam orang MPAJ dan polis
  • Kanak-kanak yang berada di atas surau menyanyikan lagu 'Negaraku'.
  • Pergelutan terus berlaku di empat penjuru yang berbeza dan keadaan menjadi tegang dan hilang kawalan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.
  • Setelah pagar tepi dipotong, penguat kuasa MPAJ meluru masuk ke dalam surau dan merempuh kumpulan remaja perempuan dan kanak-kanak yang menjadi 'kubu manusia' di dalam surau tersebut.
  • Seorang wanita pengsan kerena diheret dan bergelut dengan anggota wanita MPAJ
  • Di bahagian bawah surau, tiga beranak merantaikan diri mereka di tiang surau tersebut kerana tidak sanggup membiarkan MPAJ merobohkannya.
  • Peristiwa memilukan ini berakhir dengan MPAJ memotong rantai besi tersebut dan bergasak dengan tiga beranak itu yang mengakibatkan si suami tersebut muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.
  • MPAJ menyelongkar, mengumpil cermin tingkap dan memecahkan bahagian dalam surau tersebut bagi memudahkan jentolak untuk 'memusnahkan' surau itu.
  • Di luar surau masih berlaku pergaduhan serta pergelutan kecil dan insiden kejar mengejar antara anggota dan beberapa penduduk di situ.
  • Teriakan, jeritan dan pekikan kaum wanita kerana meratapi perbuatan ganas MPAJ menyelubungi suasana
  • Di bahagian tepi surau kelihatan tiga remaja perempuan hampir pengsan dan longlai akibat bergelut dengan MPAJ
  • Kemuncaknya, 11 ditahan oleh anggota polis yang terdiri daripada pendudk kampung dan aktivis pelajar

Tragedi Kampung Berembang seolah-olah mengulangi situasi Memali apabila pihak berkuasa merempuh masuk ke madarasah untuk menangkap individu tertentu. Bezanya tiada tembakan dan gas mata mewarnai suasana kali ini. Bezanya pihak berkuasa kali ini merempuh masuk, untuk memusnahkan surau.

Image12.30 tengah hari

  • Sebuah jentolak merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahu-Akbar","Hidup rakyat" dan "Hidup Islam" bergema di ruang angkasa Kampung Berembang.

01.00 petang

  • Akhirnya, 'Rumah Allah' roboh jua dan azan Zuhur sudah tidak berkumandang lagi...
  • Kampung Berembang kelihatan seperti 'zon perang' dengan penduduk "bergelimpangan", antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul MPAJ dan polis.
  • Yang masih tersergam di surau tersebut ialah sebatang tiang elektrik yang dililit dengan bendera-bendera kecil Barisan Nasional.

Penutup

  • Menutup 'acara pesta' meroboh surau pada hari itu ialah, acara 'majlis makan nasi bungkus' anggota MPAJ dan polis secara beramai-ramai di dalam trak, di bawah dan di celah pokok sambil memerhatikan penduduk-penduk yang kesedihan, kepenatan apatah lagi kelaparan.

Dan yang paling menarik upacara nasi bungkus itu khabarnya ditaja oleh pemaju yang bakal membina projek di atas tapak surau...




<---- Video tentang Kampung Berembang



(copy-paste dari http://fussilat.blogspot.com , http://mymalaysia.wordpress.com/2006/11/24/kampung-berembang-mpaj-demolishes-51-homes/ dan http://youtube.com )

8 Comments:

  • well..kejam tu kejam la gak..tp kg beremban tu kn setinggan..so ape yg leh kite wat..kg tu pn kat atas tanah haram..

    By Anonymous Anonymous, at 7:44 AM  

  • Kes nya lebih kompleks dari apa yang anda fikirkan.

    Kesimpulan kes ini adalah seperti di bawah.

    Kes Kg Berembang bermula apabila kerajaan Selangor claim tanah di kawasan itu adalah kepunyaan kerajaan, sedangkan penduduk di situ mengatakan itu adalah tanah mereka kerana mereka meneroka tanah itu pada awal penubuhan kampung itu dahulu (dulu kalau siapa teroka tanah tu, diaorg dpt hak tanah itu). So, kes itu dibawa ke mahkamah.

    Kes itu still tak setel di mahkamah, kerana kedua2 pihak tidak dapat nak meyakinkan mahkamah tentang hak siapa yang lebih berhak; baik dari pihak penduduk kampung mahupun kerajaan Selangor (yang ditanggungjawabkan kepada MPAJ). So, mahkamah tangguhkan dulu kes itu.

    Sementara mahkamah tangguhkan, penduduk minta mahkamah keluarkan injuksi yang menghalang MPAJ daripada melakukan apa sahaja usaha terhadap kampung itu, termasuklah merobohkan kampung itu. On the other hand, MPAJ bgtau kat mahkamah yang kalau mereka merobohkan kampung tu, mereka akan bayar pampasan. Penduduk kampung tak setuju sebab mereka tahu MPAJ mendapat financial support yang banyak daripada pemaju kawasan itu (yang didalangi oleh pemaju Cina).

    So, mahkamah tak keluarkan injuksi untuk menghalang MPAJ daripada bertindak.

    Penduduk kampung itu berjumpalah dengan PM, dan PM kata tangguh dulu perobohan kampung tu. Tapi MB Selangor pulak kata teruskan perobohan kampung tu.

    Itu dari segi ringkasan cerita la. Cari la kat web mana2 utk baca lagi.

    Tapi yang aku nak utarakan di sini, betapa rakusnya manusia yang sanggup merobohkan surau tu. Surau tu, for your information, menjadi tempat berteduh kanak-kanak dan pelajar yang akan sedang mengambil SPM di mana rumah mereka telah dirobohkan. Kalau korang tak kisah pasal satu kampung tu dirobohkan, rasalah sensitif tatkala rumah Allah tu dirobohkan atas desakan pemaju Cina yang nak meneruskan the so called 'pembangunan' di situ. Yang merobohkannya bukannya orang lain, orang 'Melayu' yang 'Islam' pula tu. Tidak adakah rasa belas kasihan terhadap anak-anak yang tiada tempat hendak berteduh? Hendak study? Bayangkan dorm 17 kiubnya dirobohkan, nak study pun susah kan Farouk, apatah lagi bila satu-satunya tempat untuk ko nak study (dan bukan study sahaja bahkan tempat diri menyembah Allah lagi tu) dirobohkan?

    Dan bagaimana tindakan orang Melayu sendiri terhadap saudaranya? Dipukul dll. Sampai seorang koma pada hari tu dek diterajang oleh penguatkuasa MPAJ. Dan tak rasa sayu ke kanak-kanak menunjukkan rasa tidak bersetuju mereka dengan menyanyikan lagu Negaraku di atas surau itu.. Dengan ada kanak-kanak itu ada yang dipukul oleh penguatkuasa ketika mereka menaiki surau itu...

    Sensitif kah anda?

    Ingat, claim yang tanah haram tu hanyalah dipihak government Selangor, bukannya oleh semua orang. Kes itu still tak habis lagi.

    Insya Allah, korang sensitif kot...

    By Blogger aie144, at 3:30 PM  

  • yeah..im quite sensitive..haha..

    n this what ive read in other website la..skrg ni tgl 50 families je yg dok kat kg tu..yg lain sume da pindah..so its quite obvious la kg tu kg setinggan..xkn diorg nk pindah klu betol yg tu tanah diorg..

    n satu lg..sume org setinggan kat msia ni akn ckp yg tu tanah diorg sbb diorg teroka dulu..well..mmg diorg teroka dulu tp diorg teroka tanah kerajaan yg blom diusahakan..mcm indon wat rumah haram tu la..just setinggan ni da dok lame dr indon2 tu..sbb tu bleh psg astro..hehe

    mm..psl roboh surau tu...kejam??yeah..kejam la sbb yg tu tmpt sembhyg..but klu surau tu atas tanah yg haram..mmm..ssh gak sbnrnye..aku xpandai agama tp klu aku la..sembhyg tu pn kena jaga tempat..bkn sj bersih ke tak..tp mcm peg. jais tu ckp..tanah tu bkn tnh wakaf n bkn digazet utk surau..so klu tuan tanah nk roboh tu terpaksa la ikut..die pn ckp die xde kuase..mcm aku dok sini (korg pn same kot)..surau ssh nk cr so smbhyg je mane2..bwh pokok,tepi tangga,dlm fitting room..hahah..tp kengkdg tu klu tuan punye kedai ke pak guard ke nmpk..diorg sound jgn smbhyg kat situ wlpn da ckp kat die nk smbh 5min je....xkn aku nk marah blk kot..kena la cr tempat lain..sembhyg ni bleh je mane2..

    nway..aku rs kejam tu mmg kejam la sbb diorg gamak pukul bdak..tp psl roboh rumah tu aku xtau aa nk ckp ape..well..pusing2 mcm mane pn..its all bout politic..right??

    doa je la aie..arap2 pasni xde lg la kes cam ni..amiin...

    By Anonymous Anonymous, at 7:49 PM  

  • okla... ok... aku pun lambat tau pasal benda nie... cam biasaler malas nak amik tau psl hal ehwal semasa... lagiler kalau psl politik... lagiler merangkap isu kat mana aku belajarkan... fine by me kalau m'sia x nak terima a doctor like me when i graduate... my parents already gave their blessin' to me if i wanna work elsewhere... nak buat camner dah negara sendiri x nak anak bumi sendiri...

    albeit all of this that trg nyata tue rumah setinggan... but at least treat them nicely, properly... there's no use havin' court when people can defy court... cam dlm case nie... dah bwk pg mahkamah but still... mcm x wujud ajer case tue kan... said comin' april... tapi baru ajer december... 5 months earlier... dlm keributan spm n stpm plak tue... dimanakah katanya org muda masa hadapan kita...

    'bout bargainin'... i've read somewhere that mpaj only want to compensate them 'round rm400... what the heck is that... u can't even buy a 'HOUSE' with that amount of money but a "HOUSE" can... nak suruh diorg tido dlm rumah anak patung ker...

    ntahler... kalau apa2 t'jadi kat m'sia... i don't know who we goin' to blame... me myself for bein' ignorance... might be...

    merangkap isu backman dan rafidah... kenapa nak melenting x tentu hala... backman works as a commentor, he meant to be that way... yg kita org m'sia nak amik comment dia tue negative way saper suruh... take it as advicela... org yg menegur tu kwn yg memuji tue lwn... x kisahler backman tue duduk mana pun... dah tue kerja dia... kita org m'sia pula... dah kena comment strife for the bestla... show them what WE can... not what 'WE' can... cause f i list all of what we can... i really don't know how long (maybe short) it's gonna be...

    there's no longer the old day when we did things with our own effort... like mount everest... still it was our effort... but goin' to moon joinin' others... mmgler kena gelak... it's better for us to explore things such as develope our own technology to build our own shuttle as initiative... but jumpin' to conclusion like that, ambitious but not necessary at all...

    say i think i've got some major grammatic mistakes here and there... tapi apa2ler kan...

    By Anonymous Anonymous, at 6:51 AM  

  • teroka, buat rumah kat satu tempat yg kosong, and tanah stret belong to them? that's not fair. it's funny if it's legal. susah2 atuk aku dulu pun kene beli tanah.

    bab ni aku x boleh nak sensitif. nak kesian, for 30 damn years, x pernah terpk ke nak beli rumah sendiri. yeah maybe they have all those dream that the land will be given to them but it's an uncertainty. something yg x sure bley jadi. y not work for something that's real? aku x la blame org kampung tu bulat2. wakil rakyat pun main peranan jugak. educate these people. aku pun paham kalau org kampung mcm tu x tau ape benda pasal tanah. pasang astro boleh. kahwin besar2an boleh. beli rumah tak boleh plak. itu yg lucu tu. kire baik aa mpaj bg rm400. bcos in the first place, 1 sen pun diorang x layak dpt.

    the saddest part is, area tu under UMNO dgn keris nya. for that 30 damn years, xde perkembangan kampung tu. funny. really funny. where goes "memperkasakan melayu" wutsoever? maybe some might see helping malays as giving these people some time before keje2 demolition ni. bg aku, it should have been paving the way for them to things right.

    By Anonymous ma'oi, at 7:51 AM  

  • hmm hidup negara ISLAM HADHARI.Tp aku tetap setuju ngan kg tu adalah setinggan.Apa bleh buat.

    Btoi kata ma'oi.masyarakat kita dalam 30 tahun tak tau nak majukan diri dan terpikir nak beli rumah sendiri.memang tu pun typical melayu lah bagi aku. terlalu selesa hidup dalam keselesaan. yang si politikus ni pulak memang suka orang-orang macamnih dibiarkan tidak berkemajuan supaya senang nanti dihulurkan RM200 dalam sampul dikala pilihanraya menjelang.Orang yang tak pikir apa-apa RM200 pun jadi nak buat dieorang pangkah apa yang dieorang disuruh.

    Sekarang ni meh la kita sama-sama majukan diri sendiri supaya kita ramai-ramai maju dan boleh pikir kebaikan dan keburukan demi MALAYSIA..bukan kerajaan dan politikus-politikusnya yang terus menggerit kemajuan dan kejayaan rakyat biasa.

    By Blogger khairul fadzli azmi, at 2:00 AM  

  • setinggan or early peneroka, if you have proper documentation, bercerite, if not move out. Im sure dorg dpt surat warning awal2. Perhaps 3 months time.

    as an authority (MPAJ), kalau dorg berlembut org akan melengah2kn the moving out process. Future credential pon kene jage gak.

    on business issues, tak kesah la pemaju melayu ke cine ke india, taxes must be paid. kalau asyik bercerite cine itu cine ini, where's your ball? tucked neatly dlm underwear? action speaks louder than words. move forward, say no more.

    By Blogger Edwin Masripan,, at 6:35 PM  

  • yess aku setuju ngan majority korang.. setinggan means setinggan aar.. sebenarnye cite2 camnie sengaja dipropagandakan oleh pihak2 tertentu yang kononnya menegakkan islam.. pegi oversea 2 3 tahun konon2 semangat islam padahal tak tau keadaan negara sendiri, masyarakat sendiri.. kesian2.. biasa aar tue buat benteng manusia, celah2 tue ade laung azan laa ape laa bile kene bagi warning taknak blah pastu tadek care lain kene pakai kekerasan mule aar cakap tak peri kemanusiaan plak.. padahal derang yg start dulu at the 1st place n nak amik ati orang ramai cakap nak sekat agama laa ape laa, pakai agama sebagai benteng padahal utk kepentingan sendiri.. tapi tu laa malang jugak aar adenye pemuda2 yang claim semangat islam.. sedihnya semangat tanpa ilmu..

    By Anonymous Anonymous, at 5:13 AM  

Post a Comment

<< Home