::Malay College Class of 2002::

Wednesday, November 15, 2006

Jangan Khuatir... Dan Jangan Sedih...

Alhamdulillah.. Selepas habis exam ni, terasa nak menulis kat blog ini. Alhamdulillah juga sebab laman web batch berjaya juga disiapkan utk tatapan ahli2 sekalian. Syukur. Tahniah buat mereka yang bersungguh2 dalam menjayakan website batch ini.

Apa kata kita mulakan blog ini dengan sesuatu yang dapat mengisi jiwa kita. Yang mampu buat kita berfikir seketika.

Hari ni saya ingin membawa kepada satu ayat. Best juga. Tentang bagaimana kiranya kita didatangi dengan ujian.

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: 'Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani'. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar'. (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, Maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al-Baqarah,2 : 111-112)

Ayat ini diturunkan ketika orang Yahudi dan Nasrani memainkan sentimen2 di kalangan penduduk Madinah ketika itu bahawa hanya mereka saja yang layak masuk ke syurga, yang menyebabkan sebahagian hati orang-orang Madinah gundah-gulana. Maka turunlah ayat ini yang memberi bukti kepalsuan mereka serta menghilangkan rasa takut dalam diri mereka.

Sekarang, tengok balik ayat2 ini dlm konteks kehidupan kita sekarang. Allah dah bagitau yang sesiapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNYA, dan juga berbuat kebajikan dan kebaikan, maka itu adalah lebih baik disisiNYA. Dibuktikan juga bahawa tiada ada sebab untuk mereka khuatir dan bersedih hati di atas apa yang menimpa. Sebab kita tahu, semuanya dari ALLAH. Allah kan yang memberi segala-galanya. Nikmat mahupun ujian mahupun bala. Maka, ambillah dengan tenang jika ujian itu mendatang. Tidak perlulah nak susah hati dan cemas sebarangan. Percaya sungguh-sungguh yang Allah itu dekat. Kalau kita sering susah hati, cemas dan lain2, check balik amalan kita. Ada masalah ke hubungan kita dengan Allah? Maka. Percaya sungguh-sungguh pada ALLAH. Itu yang paling penting. Dan paling utama.

Contohnya, duit takde ke, atau apa yang kita mahukan tidak tercapai. Maka sabarlah. Dan bersyukur. Exam dah dekat ke. Result tak gempak ke. Sabar. Syukur. Jangan bersusah hati. Lagipun, orang yang beriman senantiasa diuji. Sungguh! Saya tidak sempat untuk membincangkannya di sini. Maka, saya akan membincangkannya di masa hadapan. Insya Allah.

Lagipun, kalau kita dah study gila-gila ke, result yang diingini tak tercapai. Yakinlah itu yang terbaik buat diri kita. Sebab 1+1 tak semestinya 2. Pencaturan Allah kadang kala berada diluar batas fikiran kita.

Insya Allah.. Kalau ada masalah aje, kita refer balik kepada Allah. Sebab Dialah yang menciptakan masalah tu, dan Dia jugalah yang dapat menghilangkan masalah itu. Alangkah indah kalau kita susah ke, ataupun senang sekalipun, kita refer dulu kpd Allah, barulah kpd insan-insan lain. Saya agree, sebagai manusia kita perlu utk menatijahkan sesuatu kepada orang lain, perlu share dgn orang lain.. Sebab itu pun fitrah manusia. Tapi kalau kita share dgn Allah dulu sblm org lain, even better.

Ok. Selamat berjuang kepada saudara saudara sekalian dalam bidang masing2. Insya Allah kita sentiasa mendapat petunjuk dariNya. Yang silap dari diri ini, haraplah dimaafi.

Titik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home